salam semua...dah hampir sebulan menyepi. dan saya nak bagitahu jugak bahawa untuk saya akan bertukar kerja bermula esok, alhamdulillah... saya mendapat tawaran yang lebih baik daripada sebelum ni. pertukaran kerja ni pun bukan dibuat sesuka ati,,,saya dah kira dan timbang banyak perkara... dan keputusannya baik saya berhijrah untuk kebaikan masa depan saya jugak. dikesempatan ini... saya ingin merakamkan berbanyak jutaan terima kasih kepada majikan saya,,,yang banyak memberi peluang kepada saya dalam membina kerjaya. terima kasih jugak kerana banyak telah memberi tunjuk ajar kepada saya kurang 5 tahun saya berkhidmat di pusat komuniti bestari.comm ini. yerrrr terlalu banyak sangat kenangan yang tercipta disini. bayangkan dalam masa 5 tahun ni... daripada aku tak ade ape2...dan lihatlah sekarang aku dah mampu tersenyum bangga berkat mencari rezeki disini. walaupun tidaklah mewah seperti yang lain tapi untuk diriku yang serba kekurangan ini... kurasakan dah cukup memadai. kepada satu2 nya rakan sekerja saya disini,,, along... thanksss 4 everything... kalo saya nak tulis segala kenangan bersama,,,rasenya berhelai2 kertas kajang pun tidak mencukupi. terima kasih kerana awak orang pertama yang membuka ruang kepada saya sehinggalah saya hari ini. tak terucap dimulut ini betapa saya menyayangi awak...walaupun mungkin kebelakangan ini kita mungkin tidak seperti dulu lagi. tapi satu jer saya nak awak tahu... dalam hati saya.. sayang saya kepada awak masih seprti dulu dan tidak akan pernah berubah kerana kenangan kita akan tetap dalam ingatan saya sampai bila2.... rasenya awak lebih tahu apa yang kita lalui... semoga kehadiran saya dalam hidup awak selama hampir 5 tahun ni memberi seribu kenangan yang terindah buat diri awak.... banyak sangat dah asam garam dalam bersahabat kami lalui... dari bujang, berdua dan along dah pun ade anak...sebenarnya aku dan along masih dalam bidang yang sama, namun tempat kerja jer yang membezakan kami nanti....hari ni hari terakhir disini...namun dalam hati hanya DIA yang mengetahui betapa berat kaki akan melangkah pergi. memang ade yang mengatakan tiada apa yang berubah,,,namun mase2 akan datang sape yang tahu kan. dan aku harap Allah akan sentiasa mengigatkan aku siapa aku,,,dimana permulaan aku... dengan ingatan2 yang macam ni jer aku rase kita semua akan sentiasa sedar siapa diri kita. in shaa Allah.
Dan esok... bermulalah episod baru dalam kamus kehidupan kerja ku. aku harap semua nya baik2 blake. doakan aku yer. Dan aku jugak harap along akan dapat rakan sekerja yang lebih baik dari aku. yang sentiasa memahami,,, yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.
dan untuk anda diluar sana yang sudi membaca blog saya yang ntah ape2 ni... saya mengjangkakan blog ni akan sunyi seketika kerana saya tidak tahu lagi ade atau tiada ruang untuk saya berkongsi dengan anda semua perjalanan kehidupan saya selepas ini. semoga ruang dan peluang sentiasa ade untuk kita semua. kita tengok keadaan dulu lah macam2 mane pun erkkk...
ok...doa saya sentiasa mengiringi kalian semua...semoga kita sentiasa diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan yang kadang kala sungguh mncabar keimanan. semoga kita semua diberi rahmat serta perlindungan oleh NYA..