salam semua
hai dah lame tak berupdate blog tercinta
terasa sangat rindu nak aktif macam sebelum ni
tapi masa yang tak mengizinkan
balik kursus hari tu,,,terus keje menimbun2
program plak bertingket-tingket dah
hurmmm hanya tuhan yang tahu keadaan aku
program mengalahkan menteri jer huhuhuhu
dengan futsal, bola jaring, nasyid
pastu keje harian lagi
memang kadang2 tak tertanggung rasenye
tapi oleh kerana aku dah pikul dan aku dah sain untuk satu amanah
jadi apa lagi yang perlu aku bebelkan
lunaskan lah tanggungjawab tu selagi mampu
dan on that time aku masih mampu lagi handle diri sendiri
walaupun kadang kala rasa hati ni tak sama dengan akal yang ade ni
huhuhuhu...apa nak kesah,,,dah selalu macam tu,,,teruskan je lah
bukan senang nak puaskan hati semua orang
dan bukan senang nak ambil hati orang
nak orang suka dengan kita bukan perkara yang mudah sekarang ni...
as a politician,,,,the most important what u need to do is
how to make people like u...that all...
tu hanya pendapat picisan aku lah
jangan salah anggap plak yer
dan alhamdulillah aku mempunyai keluarga yang memahami
sepanjang bulan ni hari minggu aku memang aku bekerja
masa untuk bersama - sama memang tak de dihari minggu baru - baru ni
sampai nak bercakap dan bercerita itu ini pun x dan
balik rumah yang aku ingat nak rehat jer..
dan terima kasih jugak kepada orang yang terpenting dalam hidup saya selepas kedua ibu bapa saya
iaitu suami saya yang tercinta...
dia selalu menyokong apa yang saya buat
selalu mengizinkan saya keluar untuk bekerja
dan paling buat saya terharu...dia selalu ada untuk menghantar saya kemana - mana program yang saya perlu sertai tak kira malam siang,,panas,,hujan ribut...
bukan saya tak boleh drive sendiri...dan saya pernah minta untuk saya nak pergi sendiri ke mana - mana program,,,namun dia tetap berkeras nak menghantar dan mengambil
mungkin masa dalam kereta tu mempunyai value tersendiri buat kami...
dan mungkin ni jugak satu kenangan indah yang akan kami kenang sepanjang hidup kami suami isteri
ermmmm apa lah plak aku tulis kat atas tu,,,tetibe teremosi..huhuhu
sekarang ni dah ok dah sikit..eh aku siap demam tau sebab kesibukan tu
tak pernah2 dibuatnya aku demam..boleh demam plak
sebenarnya masalah kesihatan pun salah satu punca blog ni sepi jer sejak dua menjak ni
ehhh alasan lagi...
nanti kalo ade mase aku cerita plak pasal kesihatan ni plak yer...
so far Alhamdulillah everything under control rite now...
takkan Allah jadikan sesuatu perkara tanpa sebab musababnya
mungkin dengan kesibukan yang ade ni kita lbih menjadi lebih menghargai
lebih menyayangi
lebih bertolak ansur
lebih kuat
lebih tabah
lebih mahukan yang terbaik
dan segala - galanya lebih lah
dan untuk kawan2 jugak....kalo ade yang membaca blog ni...thanks for everything... segala susah senang kita dalam memperjuangkan keagungan parti yang kita sayangi ini,,,in sha Allah akan mendapat balasan yang setimpal denga apa yang telah kita usahakan... semoga kita semua terus diberi kekuatan, semangat dan ketabahan untuk terus berbakti pada masyarakat demi kelangsungan parti kita untuk generasi yang akan datang. in shaa Allah.
semoga kita semua dalam lidungan Nya...