Thursday, June 12, 2014

pengorbanan, berkorban dan mengorbankan

salam semua
dah lama tak bersua, macam2 plak tajuk entry kali ni yer
sebenarnya aku sendiri terpanggil untuk menulis dan berkongsi satu cerita
macam mane nak mulakan yer
tajuk dah beriya - iya tu
ye lah mengisahkan pengorbanan antara seorang anak kepada ibu bapa
antara sepasang kekasih yang saling mencintai
dan juga antara rasa kasih sayang terhadap ibu bapa dan rasa cinta yang sekian lame disimpan
akhirnya berakhir dengan sebuah kedukaan...
yang aku pasti meninggalkan seribu luka yang sukar untuk disembuhkan...
aku tak pasti siapa yang harus dipersalahkan
memang dalam dunia ni sape2 pun inginkan yang terbaik dalam hidup mereka
tak ketinggalan jugak aku dan aku pasti korang jugak begitu
namun siapalah kita sebagai manusia biasa... serba kekurangan
dan tentunya kesempurnaan yang kita inginkan sukar untuk diperolehi

berbalik pada hal jodoh pula ya
yes...memang apa yang aku ingin kongsikan ini berkait rapat dengan jodoh
siapa yang harus dipersalahkan kalo cinta serta pilihan kita tidak disukai oleh kedua ibu bapa
memang kesian kan...
tapi sebagai ibu bapa...sememangnya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka
namun bagaimana pula dengan anak - anak yang dah ada pilihan sendiri
haruskah dikorbankan perasaan yang sekian lama disimpan...
adakah perlu memusnahkan rasa cinta yang da lama disemai, dibaja
dan sebagai ibu bapa pula tidak adakah rasa kasihan untuk anak - anak untuk membina kebahagiaan sendiri
yer...ibu bapa dah banyak berkorban untuk kita...dah melahirkan, membesarkan.mendidik, menjaga kita sampai ke hari ini...
dah banyak berkorban harta. tenaga dan nyawa untuk kita sebagai anak
rumit sangat aku rasa tika menulis entry ni...

mengigatkan aku pada seseorang yang sedang mengalami masalah ni
im so sad for her
namun seperti yang kukata tadi...kita as a doughter
sebagai anak kepada kedua ibu bapa
sapelah kita untuk melawan kepada 2 insan yang dah banyak berjasa dan berkorban untuk kita
walaupun hati sendiri terluka...
aku respect sangat kat dia...dia sanggup berkorban hati dan perasaannya demi melihat kedua ibu bapanya gembira walupun dia terpaksa mengorbankan kebahagiaan dirinya sendiri...
im so respect for u girl....
semasa aku dapat perkhabaran ni semalam pun...aku dah menangis2...wahal bukan aku yang alami
tapi aku tahu kesakitan tu....

yelah...sekian lame kita membina angan - angan untuk hidup bersama orang yang kita cintai
namun hasrat dan impian itu tidak dapat dilunaskan dek kerana tidak mendapat restu kedua ibu bapa
so sad...
tapi dalam situasi ni aku tak mahu salahkan sape2
ibu bapa sememangnya orang yang berhak keatas diri kita selagi kita belum milik sesiapa
mungkin ade sebab kenapa ibu bapa tak merestui hubungan itu...
dan sebagai anak...hormatilah sahaja keputusan ibu dan bapa kita tu...
mungkin hikmah yang lebih besar menanti kita...ntah siap yang tahu...
wallahuaklam...

seketika aku terkenangkan ayah serta emak aku
sungguh bertuah rasenya memiliki mak dan ayah sebaik mereka berdua
walaupun ayahku seorang yang sangat garang
namun segarang - garang ayahku...rasenya tiada lagi kemahuan serta kehendakku yang tidak dituruti
tapi bukan kemahuan dan kehendak yang bukan2 yer...
dalam bab jodoh pun..Alhamdulillah..ayahku mudah menerima...
walaupun suamiku bukanlah orang yang kaya raya, berpangkat besar serta alim
tapi dia tetap menerima dengan tangan yang terbuka...

disini aku aku sedikit nasihat untuk pembaca diluar sana, mungkin yang sedang mengalami situasi yang sama...mengikut pengalaman aku lah...
apabila kita dah punya seseorang yang kita rasa kita nak hidup semati dengan dia...pertamanya... bagi lah sikit2 hint kat mak ayah serta adek badek korang...iskkkk mase aku dulu...ayah aku buat2 tak tahu jer bile aku bagi hint...nasib mak aku sporting...pas dah bagi hint tu tengok keadaan dulu samaada diterima or tak,,, bila dah diterima tu....cerita lah sikit2 hal si buah hati tu...masa ni ayah aku tanak dengar pun,,, dah give up tau...carilah sape2 yang kita boleh harap dan percaya...hehehhe,,,macam aku, aku prefer cerita segala masalah dengan ceksu aku...bincang2 apa yang patut dan tak patut,,,tapi peringatan sikit ni,,,pastikan si buah ati awak tu serius k...jangan nak main2 plak...sebab bagi aku..bila dah tahap pengetahuan keluarga ni... perkara ni dah serius...mesti dah ade perancangan pastu apa,,pasni ape...jangan nak main2 tarik tali plak yer... bila semua dah settle...baru lah terhegeh-hegeh siap gigil2 lagi nak bagitahu mak ade orang nak datang merisik...hahahahha malu plak.....alhamdulillah seluruh keluarga menyambut baik hasrat murni ni. dan aku harap korang pun yang sedang memalui saat2 getir berdepan masalah ni,,,,buatlah sehabis baik yer untuk masa depan kita jugak.  dan untuk mak ayah yang diluar sana...buatlah keputusan yang terbaik untuk jodoh anak kita. tak semestinya bakal menantu yang tak kaya, tak alim, tak berpangkat tinggi tu tak leh membahagiakan diri kita. kenang - kenangkanlah masa lampau kita...dimana kita bermula... maaf kalo ade mak ayah diluar sana yang terbaca entry ni...saya langsung tidak berniat nak melukakan hati anda... ni hanya pendapat saya yang belum pun mempunyai anak,,,mungkin saya tak tahu bagaimana susahnya nak melepaskan seorang anak ketangan orang lain....maafkan saya andai ade yang terasa...

sebenarnya kes mak ayah tak restu ni bukan apa. mak ayah ni sebenarnya nak kita ada mase depan baik. tak nak kita susah dan menyesal dikemudian hari. mereka pun dah banyak makan garam daripada kita. dan mengikut pemerhatian aku lah kan...perkahwinan yang tak direstui ni banyak yang tak bahagia. tapi tak semua begitu. bercinta - bercinta jugak...tapi mak ayah pun kene pikir jugak
dalam hal ni secara kesimpulannya bagi aku susah untuk disimpulkan. hehehehe... serius wey... mak ayah kita sayang...cinta hati pun kita sayang... pepandai lah korang... bak kata pepatah...ibarat menarik rambut dalam tepung...cerita dan kisah kita mungkin berbeza...mana yang baik ambiklah pengajaran...fikir-fikirkan lah....

kepada seseorang yang saya sayang yang sedang berdepan masalah ni
saya harap awak bersabar...teruskan berdoa agar diberi kekuatan untuk menempuhi masalah ni
moga2 ada hikmah yang terbaik menanti awak nanti
egatlah kami disekeliling sangat sayangkan awak
semoga ade keajaiban yang akan berlaku...aminnnn...

 untuk aku jugak...
semoga cinta dan kasih sayang yang ada ini diberkati...
terima kasih ALLAH mempermudahkan segala perjalanan cinta aku serta suami...
terima kasih ALLAH mengurniakan kepadaku mak ayah yang terbaik didunia dimataku...
semoga keluarga kami diberkati...

#semoga satu lagi harapan kami sekeluarga termakbul....anakkucucumakayahku....

amin.......

No comments:

Post a Comment

komen sikit :)