salam,,
actually aku ade sedikit masalah
sebenarnya bukan masalah pun
cuma ade beberapa perkara yang berlaku dalam hidup ni
membuatkan aku berasa sikit tidak selesa
macam aku ni...lebih suke diam daripada resolve semua masalah
aku suke diam and aku harap masalah tu akan selesai begitu ajer
boleh ker???korang pernah tak hadapi situjasi yang same macam aku
dah peel aku macam tu..nak buat macam mane
tapi setakat ni..aku ok jer..emosi terkawal...
sebenarnya ade baiknye bagi aku lah
lebih baik aku diam jer daripada memperkatakan sesuatu isu
diam bukan bermakna aku ni lemah
diam jugak bukan bermakna aku bodoh
duduk sesaje jer dengan harapan semua yang berlaku berlalu jer
bukan...aku bukan jenis yang macam tu
aku cuma malas nak rumitkan keadaan
itu ajer...
aku tak mahu terlalu taksub ngan sesuatu
sampaikan tak kira siapa,dimana...semata2 nak mempertahankan sesuatu..
orang tengok pun benci :) hahahahah
dan lagi aku ni kan..
oleh itu diam adalah lebih baik daripada berkata-kata
aku tak kesah kalo korang tak pikir macam aku
kerana aku teatp aku
dan korang plak berhak untuk berpikir seperti mana yang korang suke
asalkan kite sesame bahagia...
hehehehhehe
ni sedikit perkongsian yang aku google..
semoga kota same2 menghayatinyer..
Kadang2 diam itu lebih baik
Kepada yang banyak sangat bercakap, atau suka sangat bercakap, aku rasa eloklah baca artikel ni. Hehehehe.. kadang-kadang kita ni tidak sedar yang kita buat silap. Tidak sangka sebab 'banyak bercakap' pun boleh jugak buat kita masuk neraka. Awas! Ahaks. Tapi tengoklah 'bercakap' yang macam mana.
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM, SERTA MEMULIAKAN TAMU
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيراً أو ليصمت , ومن كان يومن بالله واليوم الاخر فليكرم جاره , ومن كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليكرم ضيفه
Dari Abu
Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan
tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.
sekadar perkongsian kiter bersama..
sesungguhnyer aku lemah disisiMU
No comments:
Post a Comment
komen sikit :)