Wednesday, April 27, 2011

salah saya kot....

huhhhhhh
panas tol cuaca ari ni
kat tempat korang macam mane
ermmmmm
ade nak citer sikit ni
korang leh tolong baca tak
apa yang nak aku ceritakan ni
boleh lah ekkk
boleh lahhhh....
demi aku yang hina lagi ......:P
owhhhhh terlebih sudah

macam ni
ni kejadian hari ni
ntah macam mana aku teremosi plak
mule2 tu elok jer
pastu aku gatai sangat nak bercakap sesuatu perkara
yang dah sah2 bila aku ungkit bende ni
mesti aku akan marah
opsssss bukan marah cume terkilan

dan tak semena - mena dah ade yang terasa...mungkin lah
aku tak tahulah kawan aku merangkap abang angkat tu terasa ke tak
aku just nk inform jer kat dia
kebetulan dia pun terbabit sama
last2 aku plak rasa nak marah
habis tu..
die yang dok provokasi kan aku
kasik aku marah
hahahhaha
sapa suruh
dah tahu aku ni jenis panas2 tahik ayam
ehhhh betul ker
x kisah lah
pastu die leh provok2 aku
kasik aku panas
pastu bila aku diam jer
die plak buat aku rasa bersalah
huhuhuhu
ntah lah
diam tu bukan bermakna aku marah lah cik abang ehhhh
diam aku diam nk tenangkan hati yang tengah berduka
chewahhhh
time aku diam ni plis jangan ganggu k
kalo tak kompen aku akan nangis
pastu mesti mulut aku akan cakap yang bukan2
padahal hati bukan nak cakap bende tu pun
tapi oleh kerana mengada yang lebih
maka terkeluar jugak kata2 yang mungkin boleh mengguris hati orang
huhuhuhuu
tulah aku
hodoh sangat pangai


tapiiiiiiiiiii.........
aku kot yang salah
terlebey emosi
habis tu....ko boleh ke bila ade orang kata yang bukan2 kat ko
bukan kat ko....kat orang yang ko sayang
ko nak diamkan je ke
ok fine...kite diamkan
tapi aku ni
tengok bende dan orang gak
nak bising2 pertahankan yang sebenar
ingatkan bila ngan abang angkat ni x jadik hal
rope2nye die plak lebih2
niat nak just bagitahu
tapi lain plak jadiknya
huhuhuhuhu

soooo..
macam mana ni
harus saya teruskan hidup seperti biasa atau gimana ni
hahahahhahahhaha
dah sahhhhh aku dah kecelaruan emosi ari ni
kate sedih pastu boleh ketawa plak kan
huhuhuhuhuh

malas lah nak pikir
anggap je lah ni sebahagian daripada adat resam dalam berkawan
tak semua nye manis kan
kene ade gak masam2 sikit
lagipun mungkin diorang bergurau jer
tapi aku yang terlebih2
huhuhuhu

sori semua yer..
bukan aku sengaja pun
dah tetiba rasa nak marah datang
bukan leh sekat2
huhuhuhuhu

to abang angkat,,soriiiii sangat2
awak tak mintak maaf lagi pun ngan saya
hahahahhahahahhahaha

budusssssssssssssss je kan aku neh

byeeeeeeeeeee

note: thanks to my sayang...macam2 buat lawak nk suruh saya ketawa,,hahhaa

bosan kan aku nehhhhhh.... :(

note

Tuesday, April 26, 2011

bertukar

heheheheh
hai semua
sori lah
sejak dua menjak ni saya agak malas nk update
tak tahu kenape
malas sangat2 huhuhuhu
tapi ari ni dalam malas pun
saya gagahkan diri gak
untuk menulis
malas nak layan perasan malas ni
?????????????
boleh ke aku wat ayat macam tu
hehehehheh


okkkk
baru2 ni ade lah seseorang yang menegur saya
die tegur bab kulit muka saya
katenye muka saya nampak kusam
tak bermaya
ehhh ye ke
tapi saya tak nafikan
mmg betul kate2 beliau itu
tibe2 beliau
hahahaha
nanti aku kenalkan kat korang siapakan gerangan beliau itu
huhuhuhu

then die pun risik2 lah aku
produk ape yang aku pakai
aku pun pung pang pung pang
citer itu ini
pastu die pun suggestkan aku satu produk
produk dah lama
tapi mungkin baik untuk aku
murah jer daripada roduk sebelum ni
tapi aku tak kisah
sebab aku nk cantik kan
heheheheh
siyesssss
ni pengakuan paling jujur ni

ehhhh morang tak nak ke nampak cantik????
huhuhuhu
aku ni dah ade orang tolong rokomen kan
beritahu baik buruk semua tu
so apa lagi
tak salah kalo mencuba
lagi pula aku ni cepat no termakan pujukan
hahahaha
makanya dengan rela aku telah menukar
daripada produk bioessence

terus ke produk safi



hehehehehe
bagus kan
selain daripada merawat wajah daripada kusam
ke wajah yang segar bugar + berseri-seri
aku leh jimatkan duit
huhuhuhu
untung kat aku gak

to kak nor
pakar kecantikan aku
thanks a lot
anda telah menjadikan hidup saya lebih bermakna
hahahahhahahahhaha
kalo die baca mesti gelak guling2 ni
mulut kompen buke besau2
hahahahahha
hah???????????
nak kenal kak nor...
hehehehe
yang tu nanti naaaaa

doa2 kan wajah saya kembali berseri-seri
muda remaja ok.....

wekkkkkkkssssssssssss
dah macam apa kan
putih melepak
hahhahahah
saje nak perasan lawa

x pe kan...........

Wednesday, April 20, 2011

kenapa tak sepenuh hati...

kenapa langsung tak bersemangat nak gi kursus kat langkawin ni??????????????
takspenuh hati..
masih ade lagi ruang dalam ati ni mengatakan tak nak
kenapa?????
kenapa?????????
kenapa niiiiii???????????????
huhuhuhuhuhuuhuhuhuhuh

doa2 kan saya baik2 aje eh....

sesuatu jer...

hai selamat pagi semua
korang apa khabar
aku???
sihat seadanya heheheehe
meh nak hati ke hati sikit ngan korang
heheheeh
tetibe kan
mmg tak malu aku neh
dah lah lame tak berupdate
tetibe nak hati ke hati plak
hehehehe

tak de
ni kejadian semalam
ntah kenapa
sejak berlaku peristiwa semalam
hal yang melibat kan kerjaya dan masa depan
aku rasa makin sayang sangat kat die
macam x de kaitan kan
kerjaya, masa depan dan die...
siyessss
ntah lah
setelah apa yang berlaku kat kami
aku rasa makin dan sangat sayang kat die
tak leh nak bagitahu macam mana
hati jer leh rasa bende ni

korang pernah rasa tak macam aku ni
semalam masa dalam kete
kami borak2....
macam - macam
untuk pengetahuan korang
aku paling suke dating dalam kereta
heheheh
ntah kenapa lah
mungkin masa ni tak de gangguan kot
dan kami bebas untuk bercerita ape2 pun
bukan buat ape2 ek
jangan notyyyyyyyy
hahahahahaah

masa sembang - sembang itu ini
sembang hal kami
hal kerja kami
tetibe die kate
kesian kat aku
sebab dapat die
yang tak de ape2
pastu die tanye plak aku
boleh ke aku tunggu die
pastu die tengok jer aku
masa tu aku sangat rasa sesuatu
ntah rasa apa
tapi macam nak nangis pun ade
dont say like that lah sayang....
im here always wif u....
huhuhuhu

dan sejak semalam
aku pikir jugak lah
dan aku tak tahu apa yang aku rasa
yang pasti makin dan sangat sayang kat die
tak nak tengok die susah hati
tak nak dia bimbang lagi

sayang..
kalo awak baca ni
awak jangan bimbang
kita usaha lah untuk masa depan kita
saya sentiasa sokong awak
tak kisah lah apa orang nak kata
saya tahu siapa awak
moga dipermudahkan perjalanan kita
dan berkesudahan dengan perkara2 yang baik
semoga rasa cinta dan sayang kita berkekalan
amin
sayang awak.....

sori lah kalo entry kali ni aku macam over sikit
saje nak luahkan apa yang aku rasa
kalo ade yang meluat nak muntah ker
geli gelemang ker
aku mintak maaf banyak2
lain kali aku tak buat dah entry macam ni
huhuhhuhuh
tapi kalo hati dah kata nak buat jugak
macam mane ek??????



sekian....

Thursday, April 14, 2011

i like this ..... bila dah cinta...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu

merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang

berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon

untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu

sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa

pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia

ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon

untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan

mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi

baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran

yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh

di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau

mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika

kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.

bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS

dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas

dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari

kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak

pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin

mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,

kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


manje kan saya ngan kekasih no 1 saya ni






Tuesday, April 12, 2011

bila marah

ermmmmm
tumpang lalu...
leh tanya tak
hehehhehehe

macam ni.... bila korang marah
korang buat ape eh
kalo korang marah
efek tak kat muka korang
kalo korang marah
korang nangis tak

saje jer nak tanye
sebab sekarang aku macam sentap jer ngan seseorang
ntah kenapa
kalau ngan dia
bende sikit pun nak sensitif
padahal bukan ape2
aku jer lebih2
bodoh sangat aku rasa time ni
tapi nak gak marah

huhuhuhu
kalo ade orang kat sebelah aku ni
kompen die tahu aku tengah marah
heheheheh
ehhhh leh ketawa plak
nampak sangat mengade lebih kan
hahahhaha

ni muka budak mengade2...

bukan ape
aku pun tak paham ngan diri aku skarang ni
sikit2 nak majuk
sikit2 nak rasa ati
sikit2 nak nangis
emosi tul lah
ade ker orang tahan ngan aku ni
heheheheh

tapi siyessss
kalo aku nak marah
memang automatik muke aku akan berubah
dari ceria berseri terus kelabu asap
bibir dah tak manis dah,,masam macam cuke jer jadinye
pastu mesti diam,,,kelu seribu bahasa
kalo korang cakap ngan aku pun time tu
memang akan sakit ati
mesti aku jawab acuh tak acuh jer
tu pun kalo jawab
kalo tak...ntah lah....
kalo nak parah lagi
ade lah air mata yang keluar
ko tak yah bagi nasihat apa lah kat aku time ni
kompen tak jadi
ko cakap sikit
mesti air mata tu meleleh-leleh jer
drama harus lebih ok
hahhahahah

ntah lah
menurun sapa pun aku tak tahu pangai buruk ni
tapi tu lah aku...

sangat hodoh ok time marah
tapi cer time hepi
heheheeheheh

korang bayangkan sendiri lah
malas nak cakap....

ok tu jer nak bagitahu
mood adalah kelaut
jadi ni jer yang aku leh tulis
sekadar menyejukkan ati yang tgh panas ni
panas lah sanagt
konon.....

padahal diri sendiri yang terlebey emo,,manje kededek....eh betul ke ni.....

note: kutuk diri sendiri untuk peringatan adalah harus

warning:jangan marah2 selalu yer,,,bahaya untuk jantung *pesanan penaja*

nak tengok muke hodoh saya tak
sangat hodoh k
ni lepas gaduh ngan seseorang
kecik ati pun yer
marah pun yer
pastu terus nangis tak semena-mena
buat malu jer satu umah tahu
huhuhuhu
manjer.............


macam mane?????
comey tak
hahahahhaha

sekiannnnnnnnnnn

Monday, April 11, 2011

dia pergi jua...

sangat sedih bagai kehilangan orang tersayang
itulah yang kami sekeluarga rasa
kami telah kehilangan kucing tersayang buat selama-lamanya
9 april 2011 telah memisahkan kami dengan pok tam
kucing kesayangan kami sekeluarga...

sejak dulu kuage aku tak pernah tau membela kucing
ntah kenapa dua tahun lepas
boleh tergherak hati kami menerima kucing ni
macam ni kisahnya
lebih kurang dua tahun lepas
ade lah dua tiga ekor kucing yang terbuang
datang kat umah aku
tapi kami tak bagi lah masuk kat dalam umah
tapi dalam 23 ekor tu
ade lah sorang...eh sekor yang sangat manje
selalu dok dekat jer ngan adek aku,alang
ayah aku sangat tak suke
siap sepak2 kucing tu

tapi kucing tu tetap degil
tak kisah apa kami buat
dia tetap gesel2 nak manje2 ngan kami
adek aku dah rengek2 nak bela
pastu mak aku macam kesian
terus benarkan adek aku bela
dengan syarat semua adek aku uruskan makan minum n berak kucing tu

kemudian secara rasmi
dia dah jadi kucing belaan kami
mule2 tu
semua orang tak suke
ayah aku pun tak suke
aku lagi lah....
hahahhaha
tapi kan ....
kucing ni behave sangat korang
kadang2 aku rasa dia ni sangat bodoh
boleh????
betullllllll

dia takkan usik ikan yang mak aku biarkan kat atas sinki
ke hapa ker
die tengok jer
time2 ko tengok tv kan
tetibe die datang menyelit sambil tengok tv sekali
pastu kalo ko buat ape2 sekalipun
dok kumpul sekeluarga
pasti dia akan turut serta
seolah-olah dia paham apa yang kami buat
apa yang kami bual
sweettt tak

lame2 die dok kat umah aku
ntah macam mane aku leh jatuh sayang kat die
seriussss
aku ni mmg bukan jenis yang suka kucing
tapi kalo hari2 die dok gesel2 kat kaki
hari2 dok teman ko makan
sambil miauw2 manje
apa ko rase
sebagai manusia biasa
aku turut tersentuh
huhuhuuhuhu
paling aku tersentuh
time die tengok kite
seolah2 die renung jer kat kite
iskkkkk x leh nak cakap apa perasaan time tu
huhuhuhu

memang dia kucing yang baik
yang comel
hidung pink lagi tau
heheheheheh

ntah kenapa sejak akhir2 ni
die tak nak makan
susah nak makan
mungkin sakit aku pun tak tahu
kami egat memang die saje jer tak nak makan
upe2 nye memang die sakit

aku kan ari tu gi kursus
sebelum gi kursus tu
pok tam leh lagi jalan2 dalam umah
ntah macam mane
aku balik tu
dia dah tak leh bangun dah
baring jer kat dapur
sedih sangat tengok masa tu
azab sangat rasente
mate die terbuka
ade air mata
kesiannnnnnn
rasa nak nangis jer
huhhuhuhuhhu

mak aku cakap
masa mak aku bangun pagi2 jumaat tu
nak solat subuh
die dah terbaring macam tu
egatkan die tido
upenya sampai hari dah cerah pun die stay macam tu
huhuhuhu

aku macam tak leh tengok sangat
mak aku siap usap2 kepala pok tam ngan air kelapa
kate nk buat penawar
tapi mungkin dah terlambat
dua hari dia macam tu
dia dah pergi untuk selamanya
hanya tinggal kenangan jer dah....
semoga abadi dia disana
kami sekeluarga pasti merinduimu

yang paling terasa mungkin alang.e dan ayah
3 orang ni paling rapat ngan pok tam
ayah aku dah takde orang lari2 terpa time dia balik kerja
mesti ayah teregat kan...
huhuhuhuhu

ni ade gambar kenagan aku ngan die




gambar bawah ni pok tam dah mati
sedih sangat
kurus jer kan



adek aku yang seluar merah
orang yang laing sedih
yang suar oren tu
saje wak sebok
yang suar merah tu
lepas tanam pok tam
terus tak keluar bilik
sedih barangkali
huhuhuhu


selesai sudah
semoga aman pok tam disana
we will miss u alwaysssss

aku belajar satu perkara
" hargailah sesuatu bende sebelum die pergi buat selamanya,,,walaupun die seekor binatang"

banyak lagi yang aku tak cerita tentang pok tam ni
tapi tak pe lah
cukup setakat ni aku rasa....

takkan ade lagi pengganti pok tam seekor......

hhuhuhuhuuh

sekembang bunga ditaman

hai selamat pagi semua
mood adalah sangat baik hari ni
secerah cuaca hari ni jugak
huhuhuuhu
kenapa
nak tahu ker
heheheehhehe

macam ni
tadi,,lepas siap2 nak gi keje
aku turun lah bawah
kat tempat jemur kain
hajat tu nak gi borak2 jap ngan mak aku
pastu tibe2 mak aku terus tegur

mok :lawo nye .....

apa perasaan korang kalau mak korang cakap macam tu
pastu aku macam jual mahal sikit lah

aku: lawo nape gak mok eh

mok : anak saya memang lawo...dari dulu lagi

terus rasa kembang dalam hati
tapi terharu pun ade
tapi kaver2 depan mak

aku apa lagi senyum lah memanjang
hehehehehe
bukan apa
bila mak aku puji macam tu
aku rasa aku ni macam budak lagi jer
rasa kecik jer selalu
urmmmmm best kan time kecik2 dulu

mungkin mak aku ni anggap aku ni budak lagi kot
kan aku dah citer sal ni
korang carilah entry pasal mak aku anggap aku n adek2 macam budak lagi
walaupun kami semua dah besar panjang:P

soooooooo
dengan pujian yang tak seberapa tapi penuh makne itu
maka mood aku hari ni adalah sangat baik :)

semoga Allah terus memberkati ibuku yang tercinta Puan maimun Binti Salleh........

Thursday, April 7, 2011

kursus

hari ni aku akan berkursus di primula hotel selama 2 hari semalam jer hahahha
best pun ado...malas pun ado
huhuhuhuu

selamat berkursus kepada sesiapa yang berkenaan yang seangkatan yang aku neh

esok da pun balik daaaaa

selamat hari minggu...
coti bebaik yer


saje tempek gambar ni
tanda aku dah rindu beno kat pantai kemasik ni
kepada sesapa berkenaan sila lah ajak aku ke sana lagi
dah lama ni kita tak pi sane
hahahha

selamat berkursus

bye..........

bila hati dah sayang

ai semua...hari ni aku nak share ngan orang sikit pasal cinta. hehehehe...aku sememangnya bukan orang yang layak untuk bercakap pasal ni. namun hati ni meronta - ronta :P hehehhhe... nak jugak share ngan korang apa yang aku rasa...maksud aku pendapat aku tentang cinta. ntah lah...aku sendiri sebenarnya tak tahu nak memaknakan apa itu cinta dalam erti kata yang sebenar, tapi yang aku pasti bila dua hati dah ada rasa yang sama, dan perasaan tu terbuai2 jer,,,indah,,nyaman,,senang,, sakit,,kecewa,,marah....suka...rindu dan yang nyata semua rasa ni wujud bukan dengan paksaan.dia terjadi tanpa kita sedar dan kita dengan sendirinya rela untuk melalui semua rasa ni...pelik kan...tapi mungkin memang betul satu kata2 yang aku egat,,lebih kurang macam ni lah...bercinta bermakna kita bersedia untuk dilukai..disakiti....bersedia untuk menerima dan memberi kekuatan atau kelemahan masing2 ermmmmm mungkin benar kata - kata ni. Alhamdulillah, aku berpeluang untuk merasai semua rase ni... dan aku harap rasa cinta, sayang aku dan dia berkekalan untuk selamanya. korang rasa aku skema tak menulis ni...hehehhe...sesekali kene gak skema kan...bukan nak melawak jer memanjang heheheh.. tapi kan kawan2 ,,aku tak paham dengan satu situasi yang mana hanya satu pihak jer yang nampak bersungguh tapi yang satu pihak lagi tu tak...tak tu bukan bermaksud tak nak tapi ntah lah,,,nampak macam nak,,tapi kalo nak kenapa yang satu pihak tu macam tertekan jer... aku sangat tak suka kalau dalam berkasih ni,,nampak sangat salah satu pihak tu terhegeh - hegeh.. sebenarnya aku tak nak gunakan ayat terhegeh-hegeh,,tapi...tu lah hakikatnya yang aku nampak sedang berlaku kat orang2 yang berada dekat2 ngan aku ni...kesian pun ade.. ce korang,,kalo dah tahu orang tak nak kat kita, orang dah nyampah tengok kite...apa yang korang rasa,,nak hegeh2 lagi ker kat orang tu...eiiii tolong lah,,,jangan lah nampakkan sangat yang kamu tu lemah,,,plissssssssss jadi lelaki ok....tapi ada gak orang kata...sebab sayang ade orang sanggup jadi macam tu...ermmmm betul gak tu ek...tapi kalo aku lah,,,aku lah ni,,bukan orang lain yer hahahhaha...kalo akulah,,,sebagai seorang pempuan,,aku takkan hegeh2 nak dekat ngan seseorang tu kalo dah terang-terang lagi bersuluh seseorang tu tak suke kat aku,,, walaupun dalam hati ni nak sangat kat die,,,bukan ape aku tak nak orang kata hidung yang memang dah tak mancung ni pipi plak tersorong - sorong...hahahhaha...betul ke tak ni lantaklah...tapi ade plak datang pikiran macam ni,,,kalo kita sayang kan seseorang tu,,kite kene berjuang untuk dapatkan cinta die,,,usaha selagi terdaya...usaha kan tangga kejayaan hahahha...plak dah...macam2 aku ni kan...pastu mari plak terpikir mcm ni,,banyak aku pikir ni..ermmmm apa ek dah lupe plak.. hahahha...ermmmmm....owhhh aku dah egat...hah macam ni...ade kan ayat orang kata ko tak rasa,,ko boleh cakap apa saje,,,ye dok hahahah...tapi kalo kita sayang kan seseorang tu,,,kite kene relakan apa saja untuk dia asalkan dia bahagia...betul tak,,,kita terluka takpe asal dia bahagia... boleh ker????habis tu...kita macam mane..sanggup ke jadi orang yang separa sasau...betul ni...ade yang dah jadi macam tu...siyes tak sanggup aku nak tengok orang yang dah jadi macam ni...nak2 kawan2 terdekat kite... Ya Allah tengok muke die jer aku dah rasa nak nangis,,, macam orang dah hilang segalanya...kosong jer...muka macam sakit...ermmmm mintak dijauhkan lah aku dengan bende2 macam ni...sebab aku tahu aku ni macam mane...mungkin leh jadi macam dia jugak...tapi atas nama keikhlasan mungkin semua ni tak jadi kat aku kalo apa2 berlaku kat hubungan aku ngan dia insyaAllah...korang doakan aku ek....tp kan kalo bercakap pasal hati memang payah...sebab hati ni susah nak dimengertikan...huhuhuhu
rasanya dahlah...cukup setakat ni..aku bukan reti pun nak cakap lebih2 pasal ni,,,, sekadar untuk meluahkan apa yang aku rasa...
sekian...untuk kali ni
tenkiu banyak2 sebab sudi jugak korang membaca tulisan aku yang tak berapa nak best ni....
hahhahhaa

Wednesday, April 6, 2011

memori of 1993.....

ermmmmm
rasa baru jer aku melangkah ke sekolah
sedar2 sekarang aku dah pun keje
kejap jer masa berlalu kan
pejam celik pejam celik
dah jadi apa yang jadi kat aku sekarang neh
huhuhuu

banyak dah pengalaman yang aku kutip
bertimbun jugak ilmu yang aku dapat
macam2 kenangan dah tercipta
dan berbagai2 masalah dah aku hadapi
tapi Alhamdulillah
aku dah jadi apa yang aku dah jadi sekarang ni
huhuhuu
sekali lagi ayat berulang...

masih segar lagi dalam egatan
hari pertama ke sekolah
pagi2 dah bangun sebab tak sabar punya pasal
heheheeh
masa tu aku baru 3 beradik
semua pempuan
adek2 aku plak ngantor aku kat depan pintu umah
turut sama teruja
huhuhu

hari pertama mak gorengkan aku telur mata ngan kicap
tu lah peberet aku sampai lah aku darjah enam
patut lah tubuh aku semangat semacam jer sampai sekarang
rupenye2 aku kuat makan telur
kelakau plak time tu
air plak
tak nak air manis2
nak air masak jer
jimat gula ....

dah siap2 semua
hari pertama tu gi sekolah ngan ayah aku
tapi aku egat lagi
masa on the way nak gi sekolah
pak sedara aku ajak naik moto vespa dia
saing ngan sepupu aku
oleh kerana teruja
aku pun naik lah vespa tu
aku egat lagi vespa kaler hitam tu
vespa penuh kenangan hehehe

so ayah aku plak sorang2
aku tunggu ayah aku kat sekolah
aiii ari pertama dah berani
tak de pun drama2 air mata ni
siap tak kisah pun ayah tak datang sekali
tapi mungkin ayah aku pun turut sama teruja
aku kan anak sulong
anak pertama bersekolah
jadi dia pun follow je lah aku neh

sampai2 kat sekolah
aku jumpe member aku aka jiran jugak lah
bertambahlah teruja tu
pastu ade member ayah aku anto anak die jugak
die bawak kamera tau
tetiba dia ambik gambar aku
korang nak tengok lah gambar first day aku kat sekolah
heheheehh
sannntekkkk
mak aku ikat rambut senget2 tau
hahahha


tu lah aku
ade perubahan tak aku zaman kanak2 ngan sekarang
heheheeh
rasenye tak banyak berubah sangat kan
nilah satu2 nya kenangan aku masa hari first bersekolah

masa ni tunggu nama kat kelas mane
seingat aku aku dok kelas 1 melati
dulu sekolah aku
sek.keb kuala telemong ni ade dua kelas
satu nama melati satu lagi nama mawar
pastu masa aku darjah 4 nama lain plak
amanah ngan jujur
kelakar kan nama kelas aku dulu
huhuhu
sekarang aku rase name die macam ni plak
kelas shafie,,kelas hambali
heheeheh
lebih kurang macam tu lah
dan guru kelas aku masa tu cikgu zaiton
aku tak tahu lah kat mana die sekarang ni
tapi die sangat baik ngan aku
siyes tak tipu
aku kan budak rajin
selalu tolong cikgu zaiton angkat2 buku masuk bilik guru
masa tu die peknen
mungkin kekarapan aku tolong die tu membuatkan aku ngan die leh rapat
tapi sekarang aku dah tak tau kat mana dia ngajar
lost cntact terus dah....

hehehhehe
apa lagi aku nak citer ek
owhhhh dulu mase sekolah rendah
balik2 sekolah ayah aku jemput tau
siap bawak adek aku yang dua ketul tu
sweet jer time menunggu aku kuar kelas
pastu beli aiskrim colek

dulu aku egat lah
aiskrim colek tu seposen je satu
kalo beli 50 sen
dapat 6 batang
ayah aku selalu beli 50 sen
sebab dapat sorang dua batang
hehehehhe
bestnye time tu

pastu plak kalo time2 ade orang datang jual buku kat sekolah
laju jer aku nak beli
nasib lah mak ayah aku tak kedekut
maklumlah aku kan anak pertama sekolah
jadi mungkin sebab tu diorang turutkan
tapi dulu aku kalo beli buku latihan
aku buat sungguh2 tau
sampai habis
sampai lunyai buku tu
x delah macam budak2 sekarang ni
nak membeli je lebih
buatnye tidak
huhuuu

ni satu lagi nak bagitahu
masa mula2 aku nak masuk sekolah kan
banyak sangat hadiah yang aku dapat
dari mak sedara pak sedara
pak sepupu lagi
macam2 diorang bagi
ade yang bagi kasut
ade yang bagi kotak pensel
bagi beg sekolah
alat tulis macam2 lah
sampai aku senyum sampai telinga tau
hehehehehe
bangge..............
aku egat lagi pak sepupu aku
aku panggil die ayoh nik
die hadiahkan aku kasut twinkle2
rase masa tu kembang setaman je hati ni
aku siap wat tido malam lagi
hahahhaha kelakau sungguh time tu
budak2..........

pastu kat sekolah
ade sorang budak gemuk dalam kelas aku
anak cikgu sekolah tu jugak
nama dia rahim
abdul rahim
aku sangat tak suke kat die
sebab die suke usik aku
usik barang2 aku
sampai cikgu zaiton dah tak larat nak marah kat die
pastu cikgu zaiton siap nak jodohkan aku ngan die nak suruh die stop usik aku
tapi die budak degil kan
tatap nak jugak usik
sampai satu kotak pensel aku pecah sebab die
aku cam terus fobia ngan budak ni
die siap kene denda ngan cikgu zaiton
padam muka
hahahhaha
sekarang ni pun aku tak tahu die kat mana
die tukar sekolah masa kami darjah 3 rasenye

rase nak jugak jumpe dia
nak tahu lah perkembangan semasa kan
orang yang selalu kacau kite dulu
nak tahu lah sekarang dah jadi apa
hahahhaha

ermmmmm
tulah cerita sedikit sebanyak sepanjang 1993

rase nak ulang balik jer zaman tu
hidup tak banyak cabaran....

my latest face

dah lame rasenye tak tempek muke sendiri kat blog ni
asyik bercerita tanpa gambar jer
mane best....
ermmmmm nah aku kasik tengok gambar tebaru aku
muke ari ni
tak sampai sejam aku ambik ni
panas2 lagi dah kasik tempek kat blog ni
hahahhaha

silakan tengok kawan2 semua
ade perbezaan tak korang rase dengan sebelum ni
ke memang betul
aku dah bam bam sekarang ni


hhuhuhuhuu
memang sah lah
aku dengan sendirinya mengesahkan bahawa
memang dah tembam muka aku ni

patut lah ade orang dok geram jer tengok pipi aku neh
hahahahah
semalam nasib sempat megelak
kalo tak
kene lah cubit
huhuhuhu

korang tahu
lately kawan2 saya sangat melampau ok
tanpa segan silu
suke2 jer kate saya gemuk
sakit ati jer
siap ade yang tanye apa petua nak jadi macam saya
ade jer yang nak kene tampaor kan

tapi nasib kawan2 tu aku dah tahu pangai diorang
ce kalu orang lain yang kate aku gemuk
mau sentap ok...

hahahhaha
ape2 pun hidup kene hepi ngan diri sendiri
barulah kebahagiaan tu datang dengan sendirinya
tak ke gitu....

hehhehehe
sekian

current mode:rajin
note: mane die ni...senyap jer,,,nk kene ni huhuhu

siapakah die


ce teke gambar sapa ni
kalo betul aku upah seposen
hehehehe

comel kan jari yang gemuk2 tu
secomel tuan jari tu jugak
hahahhaha

ape2 pun
tatap aku sayang jugak
:P

mungkin nilai sebuah pengorbanan

ntah apa2 kan tajuk kat atas tu
rasa macam best jer tajuk macam tu
hihihihihi
macam gini,,
aku nak share lah ngan korang semua
pasal satu perkara yang bagi aku memang tak masuk akal dan tak munasabah
aiiii macam serius jer bunyiknye ni
yesssss...memang serius
sebab ni semua melibatkan masa depan adek2 aku
adek2 korang,,,kalo ade
mungkin gak masa depan anak2 kite kelak...
cewahhhh....heehehehe

tapi betul ni
macam ni citer dia
sekarang ni dah dua tahun gak lah
rutin aku pagi2 nganto adek aku ke sekolah
tahun ni saje pagi2 dua round tau hantar adek ke sekolah
mule2 anta adek
pastu anta alang...
pastu kan selama dua tahun ni
aku dok perhati jer budak2 sekolah ke sekolah
maksud aku time2 pagi2 nak kesekolah
macam2 ragam deme ni upenya

dan sejak akhir2 ni
aku dok perhati jer gelagat budak2 ni
sangat sedih korang
korang boleh ker tengok adek2 korang atau anak2 korang
tak kirelah sesape saje yang bergelar pelajar sekolah
on the way nak gi sekolah
releksss jer merokok atas motor
dah nak sampai kat gate sekolah tu leh lagi hembus2 asap rokok
heyyyyy budak sekolah tu
bukan form 5 or form 6 yang aku runsingkan ni
ni yang baru form 1 - form 3
ishhhhh hangin ok aku tengok diorang ni
ntah... aku macam tak leh tengok mende macam tu
bukan nye ape
mak bapak kiter bagi duit suruh buat belanja kat sekolah
tapi kenapa lah diorang ni buat beli rokok
aku bukan tak suke orang hisap rokok
even ayah aku sendiri pun perokok
sayang aku pun hisap rokok
nak gak bagitahu ni
hehehheeh

tapi yang buat aku sakit ati tu budak2 sekolah
yang duit tu mak ayah diorang penat lelah cari untuk belanja sekolah
senang2 diorang gi bakar duit tu
ehhhhhh ker mak ayah diorang tak heran
ye lah aku nengok budak2 tu tak segan silu hisap rokok atas moto
sambil hembus2 rileksssss jer
aku tengok nyampah weyyyy

tu kes hisap rokok
ni ade jugak yang peseng
pegi sekolah
siap pakai uniform segala
tapi tak sampai kat sekolah
ntah masuk dalam lorong semak mana ntah
aku pun tak tahu
ponteng gamaknye
huhhuhuhuh
apa nak jadi lah budak2 ni

tulah aku bimbang sangat
takut adek2 aku terjebak
tulah aku sanggup hantar adek2 aku pagi2
tak kisah lah dua round pun
mengantok ker
malas ker
aku paksa gak diri ngantor deme
janji adek aku sampai ke sekolah
korang tahu aku kalo hantar adek aku mesti sampai kat pintu utama sekolah
sampai adek2 aku bising
malu katenye
hehehheh
nak buat macam mana kakakmu ni sangat protective orangnye
hahahahahha

setakat aku mampu ni
aku buat
biar lah adek aku rase terkonkong sikit
asalkan adek2 aku tak macam adek orang lain
ko egat adek aku tak bising ker asyik ngantor jer ari2
penah gak die mintak izin nak bawak motor
sori ok...
aku tak izinkan...
selagi leh anto aku anto
kalo aku tak leh sangat pun aku pas kan tugas anto ni ke abang aku
sian jugak kat abang aku kalo nak suruh dia ari2
dia pun nak gi kelas gak kul 8
nak siap2 lagi
nasib lah kamu adek2
dapat kakak macam aku
hahahhaha
bukan apa
aku tak nak adek2 aku hisap rokok sebelum waktunye
korang paham kan
lepas sekolah lantak korang lah
nak hisap ker
nak makan ker
janji tu bukan duit mak ayah aku atau duit aku
hahahahah
nak hisap pandai2 lah cari sendiri duit tu

ermmmmm
tu lah sedikit sebanyak pengorbanan aku untuk dua orang adek aku yang masih sekolah lagi
walaupun nampak kecik jer
tapi penuh makna bagi aku
aku nak diorang jadi orang yang berguna
bukan lah maksud aku budak hisap rokok tu tak berguna
jangan salah faham k
tapi cuma cara tu yang tak kena

selagi kite bergelar pelajar
dan masih dibawah tanggunggan mak dan ayah
buat lah yang terbaik untuk mak ayah
jangan bagi malu
jadi anak yang dengar kate
rajin
kannn...kannn..
hehehehe
orang yang dengar cakap mak ayah hidup die berkat kan
hehehhe
tetiba

oklah
sekadar ingin meluahkan jer
doa2 kan aku terus kuat untuk adek2 aku
n doakan jugka adek aku berjaya dunia akhirat

sesungguhnya kasih sayang aku kat adek2 sungguh dalam walaupun kadang2 aku tak pernah memperlihatkan.......:)

:):):):):):):):):):):):)

Monday, April 4, 2011

gemuk

aiii korang,,,
ermmmm macam mana nak bagitahu ek
sangat tak suke cakap hal ni
tapi nak gak bagitahu
heheheh
macam ni
ermmmm korang tahu lah
aku mmg gemuk kan :(
hehehheeh

pastu baru2 ni
ade beberapa orang member aku cakap
aku makin gemuk
heyyyyy sori exuse me k...
mane ade gemuk
i biase22 je lah
ayat orang tak nak ngaku neh
hahahaha

pastu ade lah suare2 sumbang cakap
yelahhhhh...orang tengah bahagia macam tu lah
habis orang tak bahagia tak gemuk ek..
apekehellll
ko egat sebelum ni aku tak bahagia ker
huhuhuuhu

pastu kan aku macam nak sedapkan hati sendiri lah ni
aku sembang2 lah ngan kak su member aku
ni dialog aku ngan die

aku : kak su...orang rase orang tak gemuk sangat,,sebab baju xdok pun ketat..ok jer lagi

ko tahu ape die jawab

kak su: doh saa...baju awak kan besar2......

rrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhh
tensi ok
baru nak manje2 bagitahu
konon aku tak gemuk
boleh die tambahkan risau aku lagi
hehehheeh

ker mmg aku dah gemuk
konfius la

tapi cek su aku cakap aku dah kurus

ni menambahkan kekomfiusan aku neh
hahahahhah
selera makan mmg menjadi2 sekarang ni
mane tak nye
asal malam ade je makanan yang best2
mane tahan kalo mak yang masakkan
mesti nak jugak walaupun dalam ati dah nekad tak nak
akhirnya jadi nak jugak
tambah lagi kate2 peransang mak aku

"makan lah...tak gemuk2 eh"

hahhahahaha
ko tengok mane lah aku nak tolak kan

tapi aku malas lah nak pikir sangat hal ni
yang penting aku selesa ngan diri sendiri
pedulik ape orang nak kate
asal ati senang....

satu lagi......yang penting die soke...katenye 'pipi' ade...owhhhh sangat noti kan hehehehe

note: azam baru nak kuruskan badan..tapi...boleh ker?????

Sunday, April 3, 2011

cerita pagi ni

salam 3 april semua
hehehehe
segan mak cik tau
maklum lah
dah lame tak jenguk blog sendiri
susah sangat sekarang ni
macam2 hal sampai nak jenguk blog sendiri tertangguh-tangguh
huhuhuhu

tapi takpelah
janji dalam sebulan tu
aku menjenguk jugak
intai2 jugak
kalu terajin aku hapdate
kalo termalas paham2 lah yer
harap maklum
huhuhuhu

owhhhhh
sebenarnya nak citer hal pagi neh
owhhh sungguh dahsyat ok
tapi tak de lah dasyat sangat
cume untuk diri sendiri
leh lah korang tepukkan tangan untuk aku
sambil ucap syabasssss bete
hahahahha
budussssssssssssss je kan
hahahahha

macam ni
aku punye ansuran bulanan moto tak berbayar lagi
aku punya lah berdebar
takut2 lah orang AEOn kredit tu call
bukan ape
sebelum ni kan rekod bersih
x delah masalah untuk hal pembayaran
tapi ntah macam mana bulan ni
lambat sikit
lewat sehari jer
sebelum tu...semalam dah suruh adek tolong byarakan
ermmmmm
katanya ramai orang
ntah ye ntah tidak
bukan tak percaya kat adek sendiri ni
tapi ye lah
die pun byk hal semalam
jadi malas nak paksa2 die ok
kakak yang baik ni
hahahhaha

pastu terus tekadkan dalam diri
lepas ni tak nak susahkan sape2 dah
terus berazam
esok pagi (hari ni lah )
aku nak pegi gak bayar
tak kira hujan ke panas ke
hahahha
aku nak gi gak bank inn kan duit kat may bank

terus bangun pagi
semangat nak gi kuala berang
pungpangpungpang
siap......
hahahahhaha
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzassssssssssssssssssss
merempit ni...nak gak bagitahu
heheheh
mane aku ade kete kan.....

sampai2 kat maybank
bank belum bukak
owhhhhhh aku sangat menyampah disitu
yelah dah aku beriya2 nak cepat
tibe2 leh tak bukak
untuk perhatian semua mesin mesin atm yang nak bank in kan duit tu dok kat dalam ek
tapi yang kuarkan duit kat luar
heheheheh
soooo nak transfer duit ke hape ke kene time opis hour
harap maklum
tapi ni mungkin may bank kat kuala berang je kot
kat lain tak lah macam ni
adelah tu reason diorang kenape buat macam tu
malas lah nak komen lebih2
huhuhuhu

panjang tak aku nyer citer
heheheheh
ade lagi ni...

pastu dalam 9.15 macam tu
diorang bank pun bukak
pak cik mak cik yang mmg dah ade kat situ nunggu nak masuk
berebut2 korang tahu
aku???
tolong sikit nak rebut2 ni
aku wak2 cool je masuk
hehehe
sudahnye aku beratur yang ke 6 7 macam tu lah
takpe lah...tapi dalam hati ade gak takut
korang tahu aku takut ape
2 perkara
ce teke aku takut ape
hahahahahha

mesti x leh jawab kan
meh aku bagitahu
hahahahaha

pertama....moto aku
ye lah...moto dok kat luar kan
aku tak kunci
lupe nak bawak kunci
jadi aku just kunci kat tengkuk muto jer lah
aipppssss moto pun ade tengkuk ape
hahahhaa
dalam hati doa je manjang jangan lah ade orang berkenan kat moto burok aku tu
tu je lah harta yang aku ade
hehehehe
Alhamdulillah...selamat
xde orang ambik pun
aku jer risau lebih
hehehhe

yang kedua...
ni lagi dahsyat ni
pistttt meh nak bisik sikit
malu nak bagitahu ni...
hahahhha
rahsia ni tau
jangan bagitahu kat orang lain
hahahaha
macam ni...sebenarnya aku ni x pernah lagi buat bayaran melalui bank in duit ni
selalunya aku bayar kat kaunter AEON kredit jer
kire ni yang pertama lah aku buat sendiri
aku ni name jer balajo tinggi
tapi jakun nye banyak lagi
hahahhha
pastu dalam hati ni riso manjang
takut tak menjadik
pastu ko tahu ape aku buat
heheheheh
kat depan aku ade dua orang laki2
mungkin sebaya aku atau tua sikit dari aku
tengok macam orang keje pusat kesihatan
aku tengok diorang punya uniform
sama ngan pak su aku...
pastu kan buleh aku cuit bahu salah sorang dari budak dua orang tu
hahahaha
pastu aku ngan wajah manis dan tak bersalahnye berkata

"nanti leh tolong saya bank inn kan duit tak,,saya tak berapa pandai,,pertama kali"

ehhhh nape tibe2 cakap luar plak ni
hahahahaha
pastu encik tu pun jawab

"boleh,,,nanti saya tolong"

terusss lega....
pas siap tu lju jer ucap tq kat encik yang dua orang tu
tapi kesian die
pak cik yang belakang aku pun mintak tolong die tunjukkan cara nak masukkan duit
member die siap perli2 lagi

"ko keje sini ker"

hahahahah
pedulik aku
janji aku punye da settle
hahahahha
pasni taknak suruh2 orang dah

pas siap segala tu
terus laju2 start moto balik
opssssssss bukan balik
nak masuk keje daaaaaa
dah lewat dah
tapi setengah jam jer
halal lah ek
hehehehehe

thennnnnnnnnn
aku terus pulang dengan penuh keriangan
dan sepanjang perjalanan aku terus berazam
lepas ni aku dah tak mahu susahkan sape2 selagi aku mampu buat sendiri
bak kata pepatah
"dimana ade kemahuan
disitu ade jalan
nak seribu daya
mahu seribu cara"


......ntah kenapa sekarang cepat sangat teremosi dengan diri sendiri......